Want your
own Fotopage?








 
Sayanganakku

By: Harilfani Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 15-Oct-2008 14:10 Email | Share | | Bookmark
Kak Long


Add comment


Friday, 3-Oct-2008 17:00 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2008




ada cerita sebenarnya pada pic ni, setelah snap pic yang kat atas tu.. formal la katakan, pastu bagitau kat family, kita angkat tangan ramai-ramai.. hehehe. setting kamera pastu papa lari nak join family, nak dijadikan cerita... bedebuk (macam nangka busuk) papa jatuh.. semua orang gelak kat papa hahahaha papa pun sama..apapun papa happy sangat.. hampir 95% ahli keluarga telah berkumpul pada hari raya tersebut.. riuh rendah jadinya..

Pic Mak Aji ngan Tok Cik

pakcik Tan sedang membahagikan kekayaannya pada anak-anak saudara..

Auntie pun sama.. bahagikan kekayaan untuk anak saudara..ni pic Ikbal (cucu saudara papa dah ni)

ni pulak 3 sekawan.. tarikh lahir pun tak jauh antara satu sama lain.. aik berlumba nampak papa ngan anak saudara papa ni..mmm yang kiri tu anak Khairul dan yang kanan tu anak fadhil.. nama.. hahahaha tok su lupa laaa dan yang tengah tu Aina Qistina Umairah.. anak papa la..

Mak Aji masih memakai kain telekung (kain sembahyang) melihat telatah cucu dan cicit bergembira. anak dara dua orang ni pulak, anak arwah abang papa, Zunaidi yang meninggal kerana kanser..
sesungguhnya kami merinduimu - Al- Fatihah, semoga rohmu diletakkan antara orang2 yang beriman. amin...



Add comment


Tuesday, 16-Sep-2008 01:58 Email | Share | | Bookmark
Basikal Baruku

Tanggal 22.6.2008, genap 3 tahun umur Nurin. Papa ngan Ibu belikan basikal baru untuk nurin, yang lama dah tak syok kata nurin sebab rendah , Masa bagitau kat Nurin Papa ngan Ibu belikan basikal.. wow.. tak sabar2 nak tengok katanya. Terus ajak balik dari rumah Mak Tok.
Bila dapat tengok basikal tu...Nurin makin teruja. yang palig best part Nurin belek Basikal tu.. 5 minit.. hehehe, itu cantik, ini cantik.. pastu berulangkali ucap terima kasih kat Papa ngan Ibu, " Terima Kasih Papa, Terima kasih Ibu".





Add comment


Sunday, 14-Sep-2008 07:51 Email | Share | | Bookmark
Aina Qistina Umairah

Hmmm.. lama tak update fp ni.. tak sempat? hehehehe.. banyak kerja lain lagi.
Aina Qistina Umairah yang membawa maksud Permaisuri Adil yang bermata cantik, itulah nama adik.. nama manja ? hmmm tak tau lagi Aina ke? Qistina ke? atau Maira?

Umur adik yang ke-20 hari, baru lepas mandi.. rupa2nya adik ni takut air, kena air sikit dah menangis..lepas tu siap menggigil-gigil lagi, pasal tu nenek balut adik dengan kain. dan ada cerita rupanya kain tu.. menurut nenek, sudah 3 keturunan guna kain tu 1st generation, Mak Tok, 2nd genaration, Ibu dan 3rd genaration pulak adik ngan Kak Long. kata nenek itu kain Rawa.. .macam kain songket ajer papa tengok..


adik, baru lepas mandi pastu kena selimut ngan kain rawa..


Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 00:15 Email | Share | | Bookmark
Cukur Jambul

Quote:
ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ.

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah

sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.


Cukur jambul? Pada 31hb Ogos 2008, rambut adik telah dicukur sampai botak. cuma jemput Tok Su Timah, datang untuk cukur rambut adik. majlis akikah tak sempat nak buat lagi, sebab esok dah puasa.. masing2 sibuk dengan urusan nak menyambut puasa. kalau Kak Long dulu, Tok Lang yang datang cukur rambut..


antara bahan yang digunakan dalam upacara cukur rambut

adik tidur lena masa nak tunggu Tok Su cukur rambut.

Tok Su Timah sedang mencukur rambut adik, masa ni pun adik lena jugak.

tadaaaa... tengok! adik dengan penampilan baru..masih lena jugak

ni pulak.. Kak Long selepas cukur rambut.. licin jugak

kepala Kak Long disapu dengan tepung tawar

Kak Long duk atas riba Nek Ma.

x panggil pun makan pulut kuning.....
salam ramadhan al mubarak..
Fri 5-Sep-2008 08:13
Posted by:azr  - [Link]
pulut kuning......abah pun nak juga........hahahahaha.....itu feberet ttuuuu.....

fani.......alaaa..come tengok siadik lena.........sebenarnya kita pernah botak rupanya......hahahaha...ramai yg tak tau tu.........perempuan pun botak........hahahahahah tapi masa kecik le....
Sat 6-Sep-2008 02:02
Posted by:Abah Along  - [Link]
Add comment


Thursday, 28-Aug-2008 11:55 Email | Share | | Bookmark
Nama Anak Mengikut Cara Islam

Masih lagi tercari-cari nama yang sesuai untuk adik. Kalau ikutkan Kak Long, ketika adik masih dalam kandungan ibu, Kak Long dah panggil adik " Qistina Umaira",, hmmm cantik jugak nama tu..
Mengikut maksud yang diberi :Qistina = Keadilan, Umairah = Permaisuri

ingatkan Papa nak tambah sikit la kat depan tu, jadi Aina Qistina Umaira. Aina, mata yang cantik, sesuai ke? tak pe lah, nanti papa fikirkan yang terbaik untuk adik.

sumber: nama -nama anak mengikut cara islam

Semalam 27hb Ogos 2008, jam 1700 petang, ibu ngan adik discharged dari ward. Papa dah bawa kamera untuk shoot masa tu.. tup..tup.. lupa bawak CF card,, aduiii ruginya. takpelah, pics ni diambil pada 26hb Ogos, umur adik baru 2 hari, ibu baru dapat melawat adik, tengok adik puas-puas, cium adik puas-puas.




adik dengan doktor yang menyambut kelahiran adik.

laaaaaa adik.........comenya.......selamat datang ke dunia yg penuh pancaroba ni......Atok harap adik dijaga oleh ibu adik dgn kasih sayang serta ditanamkan keislaman yg mendalam tetapi dgn bijaksana..........abah nak ucap tahniah pada fani...kerana mendapat satu lagi cahaya mata.......semoga ALLAH akan kurniakan fani anak2 yg soleh&soleha....

Fani perjalanan masih jauh.....pastikan anak2 mu mendapat kasih sayang yg secukupnya semoga dia akan kasih kepada mu kelak bila hari tua nanti........
Fri 29-Aug-2008 22:18
Posted by:Abah along  - [Link]
color of life...bro...
congrate...fani n wife...
mudah2an dirahmati allah s.w.t....amin
Sat 30-Aug-2008 23:35
Posted by:azr  - [Link]
Add comment


Tuesday, 26-Aug-2008 17:24 Email | Share | | Bookmark
Serupa tak?


bila dah tengok pics lama nurin dan compare ngan *adik dia tu.. macam nak sama pulak.
sama ke?

Hari ni 26hb Ogos 2008, aku bawa Nurin pergi melawat adik kat nursery. bukan main seronok lagi dia, dapat adik la katakan. katanya kalau adik balik rumah nanti, kak long nak tolong ibu bancuh susu untuk adik,pakai lampin, mandikan adik dan macam2 lagilah. betapa terujanya kak long.. selepas berada 1/2 jam dalam nursery tu, aku dan kak long pun nak balik ke rumah.. selepas naik kereta, tiba2 kak long menangis, nangis sungguh2..laaaa.. pasai apa kak long nangis, tanya aku , dia jawab kak long teringat kak adik,, teringat kat ibu...huhuhu. takpa lah kak long nanti esok ibu dan adik dah boleh discharge dah.. kita mai ambik ibu ngan adik yerrr...

*Belum ada nama lagi...

Add comment


Tuesday, 26-Aug-2008 11:45 Email | Share | | Bookmark
Nurin Batrisyia

hmmm.. kalau dulu aku tak tau apa dia fotopages ni... sekarang baru berpeluang nak explore site..jadi aku cari pics anak aku, Nurin Batrisyia dalam HDD. alhamdulillah.. masih ada lagi.



pic ni di ambil pada hari pertama kelahiran puteri pertama aku, NURIN BATRISYIA. 22hb Jun 2005, jam 0305 petang, berat 2.9kg. Sama dengan *adik dia..belum taruk nama lagi...hehehe.. keluar ikut tingkap jugak.. terpaksa dioperate kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.


dan ini pula pic Nurin ketika umur beberapa bulan..masa ni nurin tengah kacau papanya main PS.. hehehehe

so setakat ini dahulu..
tunggu next entry nanti....

pics ni pun diambil dengan menggunakan compact camera...Sony Cybershot kalau tak silap...

Add comment


Tuesday, 26-Aug-2008 11:15 Email | Share | | Bookmark
First Entry

Dengan lafaz bismillah, Papa lancarkan sayanganakku fotopages ini, untuk kenangan kepada anak-anak Papa pabila dewasa nanti.
Dengan harapan anak-anak Papa akan menjadi anak-anak yang taat terhadap agama, ibu bapa. Semoga kalian akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..




Pics adik yang dilahirkan pada 25hb Ogos 2008, jam 0258 petang, berat 3.5kg. Alhamdulillah, sihat walafiat. Walaupun ibunya sekali lagi terpaksa dioperate (ceaser) kerana takut komplikasi yang akan memudaratkan ibu dan adik. Papa turut masuk ke dalam Operation theater (O.T) untuk melihat sendiri bagaimana ibu melahirkan adik. takleh ambik gambar adik sebab doktor tak kasik. Setelah 15 minit di dalam O.T, adik sudah berada di alam baru dengan tangisan yang kuat. Ibulah orang yang pertama mengucup pipi Adik.



Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen4.pidgintech.com